Pasangan suami isteri jarak jauh dinasihat segera mengemukakan permohonan rentas negeri kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebelum pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula Selasa depan.<br /><br />Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, saranan itu dibuat selepas mengambil kira tiada individu boleh keluar rumah tanpa keperluan yang dibenarkan, sepanjang tempoh terbabit.
